Tuesday, 15 March 2011

GARISAN PENDEK

  Suatu hari,seorang guru ingin menguji minda anak muridnya.Dia melukis satu garisan yang panjang di papan hitam.

   'Sekarang saya mahu lihat ada sesiapa yang boleh membuat garisan ini nampak lebih pendek tanpa menyentuh garisan ini?' kata cikgu sambil tersenyum.

   Seorang pelajar mengangkat tangan dan berkata,'Cikgu ,boleh saya mencuba?'
 

  'Sila datang ke depan,'kata cikgu.

   Dia mengambil kapur tulis dan melukis satu garisan yang lebih panjang di bawah garisan yang telah dilukis
gurunya.


'Sekarang garisan yang Cikgu lukis nampak lebih pendek berbanding garisan yang saya lukis,' terang pelajar itu.

1 comment:

  1. yana. . .ni aq la,,, afiqah . . .bende yg ko ckp psl "GARISAN PENDEK" tu???
    aq x phm lar!!!

    ReplyDelete